IBADAH KORBAN DAN AKIKAH 1438H/2017

“Tahun 1436H/2015, seramai 88,400 orang warga miskin dan pelarian perang di 5 negara menerima sedekah daging korban dan akikah daripada Al-I’tisam.”

Pada tahun ini pihak Al-I'tisam menawarkan Program Ibadah Korban / Akikah di negara :

KEMBOJA

Tempahan telah ditutup

PALESTIN

Tempahan telah ditutup

BANGLADESH (ROHINGYA)

Tempahan telah ditutup

BURMA (Rohingya)

Tempahan telah ditutup

SYRIA

Tempahan telah ditutup

YAMAN

Tempahan telah ditutup

IBADAH KORBAN ?


Ibadah Korban atau Udh-hiyyah dalam Bahasa Arab membawa maksud iaitu menyembelih binatang ternakan seperti lembu, kambing atau bebiri, kerbau dan unta pada Hari Raya Korban (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) dengan niat semata-mata ingin mendekatkan diri kepada Allah. Binatang korban hendaklah di sembelih selepas solat sunat dan dua khutbah yang ringkas pada Hari Raya Eidul Adha. Ternakan yang disembelih sebelum solat atau selepas jatuh matahari pada hari tasyriq ke-3 (13 Dzulhijjah) tidak lagi termasuk sebagai korban.
“Sesiapa yang menyembelih korban sebelum solat Eid, dia hanya menyembelih untuk dirinya sendiri (tidak menyembelih korban) dan sesiapa yang menyembelih selepas solat Eid maka sempurnalah ibadahnya dan dia telah melaksanakan sunah kaum muslimin dengan tepat.” – Hadis Sahih Muslim no. 1908

HUKUM IBADAH KORBAN

Hukum korban ialah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut atau diberatkan kepada umat Islam yang mampu. Manakala hukum meninggalkannya (sekiranya mampu) adalah makruh.

BACA LAGI....



IBADAH AKIKAH ?


Akikah ialah binatang ternakan seperti lembu, kambing atau bebiri, kerbau ataupun unta yang disembelih sebaik sahaja seorang kanak-kanak itu sempurna dilahirkan, yang afdhalnya pada hari ke-7 kelahirannya, oleh orang yang wajib menafkahkan kanak-kanak tersebut (wali) dengan hartanya sendiri (bukan harta kanak-kanak tersebut).

HUKUM IBADAH AKIKAH

Hukum ibadah akikah adalah sunat muakkad atau sunat yang dituntut atau diberatkan keatas orang yang bertanggungjawab memberi nafkah kepada bayi tersebut sekiranya dia mampu. Ini merujuk kepada hadis Rasullullah diriwayatkan oleh Samurah R.A katanya; “Bayi itu tertebus dengan akikahnya, disembelih akikah pada hari ke-7 kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya.”

BACA LAGI....

Testimonials

Sebarang Pertanyaan ?