Korban India – Tamil Nadu

india-flag-a4

Pengenalan

India mempunyai lebih kurang 140 juta umat Islam. Daripada jumlah tersebut lebih kurang 70% langsung tidak mendapat sebarang pendidikan semenjak kecil. Kurang dari 0.2% umat Islam di India berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Di India, setiap 3 buah kampung yang mempunyai penduduk Islam yang ramai, 1 buah tidak mempunyai sekolah. Hanya 40% kampung umat Islam mempunyai kemudahan klinik kesihatan.

Kadar kematian ketika ibu ketika melahirkan anak, anak-anak berat badan dibawah normal dan ibu-ibu yang kurus kering adalah tertinggi dikalangan umat Islam. Walaupun kemiskinan di India bukanlah sesuatu yang berlaku dikalangan umat Islam sahaja tetapi tidak dapat dinafikan insiden diskriminasi dan ketidakadilan lebih banyak dilakukan terhadap umat Islam.

Program Korban 1437H Tamil Nadu akan dilaksanakan di daerah Theni dan Thiruvallur iaitu daerah termiskin dalam negeri Tamil Nadu. Di daerah ini, 29% penduduknya beragama Islam. Umat Islam disini, kebanyakannya tanpa pendidikan dan mempunyai status sosial dan ekonomi yang sangat rendah.

Majoriti penduduk bertani yang bergantung penuh kepada hujan, menternak kecil-kecilan dan menangkap ikan. Secara purata, kadar pendapatan mereka lebih rendah daripada kadar miskin kebangsaan.

Korban tahun ini, kami telah mengenal pasti sebanyak 1,200 buah keluarga daripada 6 buah kampung untuk dibantu. Kami mengharapkan sokongan umat Islam untuk menjadikan Korban Tamil Nadu tahun ini mampu meraikan keperluan lebih kurang 0.5 kg daging untuk satu keluarga, insyaallah.

TEMPAH SEKARANG !