Korban Kemboja

Flag_of_Cambodia.svg

**TEMPAHAN KORBAN UNTUK KEMBOJA TELAH DITUTUP**

   **UPDATE TEMPAHAN TERKINI**

 (setakat 28 Ogos)
    Lembu (Pakej Bajet)    241 bahagian
    Lembu (Pakej Premium)    13 bahagian

———————————————–

KORBAN

Ternakan Harga Korban Jumlah keluarga mendapat manafaat seekor ternakan
Lembu Pakej Bajet RM295 sebahagian 30 buah keluarga
Lembu Pakej Premium RM500 sebahagian 80-90 buah keluarga

 

Pengenalan

Jumlah umat Islam di Kemboja dianggarkan sekitar 300,000 sahaja iaitu 2% daripada 15 juta penduduk Kemboja. Sebagai kumpulan minoriti dalam negara berbeza agama, umat Islam Kemboja sejak dari dahulu lagi terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan negara.

Majoriti umat Islam tinggal dalam kampung-kampung tradisi bertebaran di tepi Sungai Mekong. Aktiviti utama ialah bertani tanaman seperti padi, jagung, ubi kayu dan sebagainya. Di kampung yang telah dihuni ratusan tahun, tanah yang dulu mungkin luas tetapi kini hanya tinggal sekangkang kera. Tanah-tanah ini mungkin telah dibahagi-bahagi sebagai tanah pesaka ataupun di jual untuk urusan lain.

Negara Kemboja lebih 90% penduduknya berugama Buddha. Oleh yang demikian polisi kerajaan juga memberi fokus kepada kumpulan seagama mereka. Umat Islam tidak mendapat sebarang peruntukan untuk memajukan diri mereka. Sebarang keperluan seperti pembinaan masjid, sekolah agama, sistem pengairan pertanian, subsidi pertanian seperti baja dan sebagainya perlukan diusahakan sendiri. Sebagai contoh, boleh dikatakan 99% masjid, surau dan sekolah agama dibina hasil sumbangan oleh umat Islam luar negara khasnya dari Malaysia.

Akibat daripada tersisih begitu lama, umat Islam Kemboja rata-rata hidup dalam kemiskinan. Disebabkan kemiskinan, mereka juga tertinggal dari sudut pendidikan. Hanya segelintir sahaja umat Islam yang berupaya mendapat pendidikan formal dan memasuki universiti. Oleh yang yang demikian, golongan berpendidikan tinggi dari kalangan umat Islam boleh dikira dengan jari sahaja.

Kemiskinan menjadi isu utama menyebabkan kemunduran umat Islam. Untuk melepaskan mereka daripada belenggu kemiskinan memerlukan campurtangan kumpulan yang lebih besar, berpengaruh dan mempunyai dana yang besar. Tetapi apa yang mampu NGO-NGO seperti Al-I’tisam lakukan ialah memberi penawar jangka pendek kepada umat Islam disana.

Salah satu usaha Al-I’tisam ialah dengan mengadakan Program Ibadah Korban di Kemboja. Daging korban diagih-agihkan di kawasana konsentrasi umat Islam yang ramai. Antara kawasan yang mendapat sedekah daging korban ialah Kampong Cham, Kampong Thom, Kratie, Mondul Kiri, Rattanak Kiri dan Stung Treng. Inilah kawasan pendalaman meliputi kawasan daripada Kampong Cham sehinggalah ke sempadan Laos di utara dan sempadan Vietnam di Selatan.

Kami mohon sokongan umat Islam seluruhnya bagi menjayakan program korban tahun ini. Inilah saat bahagia umat Islam Kemboja untuk merasai lauk daging setahun sekali. Sama-sama kita jadikan Hari Raya Korban 1438H ini, hari raya yang paling gembira untuk saudara-saudara kita di Kemboja, insyaallah.

TEMPAH SEKARANG !