Korban Rohingya – Bangladesh

bdlarge

**TEMPAHAN KORBAN UNTUK ROHINGYA DIBUKA**

TARIKH TUTUP: 20 Ogos 2018

ibadah-korban-rohingya-1439h2018-alitisam-relief-program

   **UPDATE TEMPAHAN TERKINI**

(setakat 20 Ogos 2018)
    Lembu (Pakej Bajet)   203 bahagian
    Lembu (Pakej Premium)   28 bahagian
    Kambing (Pakej Bajet)   23 ekor
    Kambing (Pakej Premium)   15 ekor

 

HARGA KORBAN ROHINGYA- KEM PELARIAN ROHINGYA, BANGLADESH 1439H/2018

Ternakan Harga Korban Jumlah keluarga mendapat manafaat seekor ternakan
Lembu Pakej Bajet RM320 sebahagian 30 buah keluarga
Lembu Pakej Premium RM550 sebahagian 60-70 buah keluarga
Kambing Pakej Bajet RM550 seekor 6-8 buah keluarga
Kambing Pakej Premium RM750 seekor 10-12 buah keluarga

 korban-rohingya-alitisam

Pengenalan

Pembunuhan warga Rohingya di negara mereka Burma memaksa lebih 600,000 orang melarikan diri mencari perlindungan di Bangladesh. Walaupun Bangladesh adalah diantara negara termiskin di dunia namun keadaan ini tidak menghalang warga Rohingya untuk berlindung dan menjadi pelarian di negara tersebut.

Hanya kira-kita 30,000 orang pelarian Rohingya ini berpeluang tinggal di kem pelarian UNHCR. Selebihnya berlindung di kem-kem tidak berdaftar berselerak di kawasan Cox’s Bazar, di selatan Bangladesh.

save-rohingya-alitisam-relief-program

Di kem tidak berdaftar tidak ada apa-apa kemudahan diperolehi samada dari pihak UNCHR mahupun daripada kerajaan Bangladesh. Mereka hidup dalam seribu kedhaifan. Rumah-rumah ditutup dengan rumput dan daun-daun serta ditambah dengan tutupan beg sampah bagi mengelakan air hujan masuk ke dalam yang boleh menyebabkan lantai tanah menjadi lecak.

Tiada sumber air bersih, tandas yang sempurna, sekolah ataupun surau, jenis-jenis kemudahan yang kita jangkakan sepatutnya ada di lokasi yang di diami manusia.

Sebilangan besar warga pelarian ini termasuk dewasa dan belia tiada pekerjaan atau punca pendapatan tetap. Hidup mengemis memohon belas ehsan penduduk tempatan yang sudah sedia miskin sekadar meneruskan kehidupan.

ROHINGYA-alitisam-relief-program (5)

Anak-anak tidak pernah ke sekolah kerana warga pelarian ini tidak dibenarkan mendapat apa-apa kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Bangladesh untuk rakyatnya. Pengajian agama pun sukar didapati. Generasi pertama dan seterusnya kebanyakan buta huruf dan buta agama.

Walaupun Al-I’tisam membawa lebih 100 ekor ternakan korban untuk warga pelarian ini tahun lepas tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang berpeluang mendapat daging korban. Kerajaan Bangladesh melarang NGO luar dan dalam membantu warga Rohingya. NGO yang melanggar arahan ini boleh ditangkap dan dipenjara. Oleh yang demikian, tidak banyak NGO yang berani mengambil risiko di Bangladesh.

IMG-20180527-WA0057

Di atas rasa tanggungjawab, Al-I’tisam akan meneruskan Program Korban Rohingya di Bangladesh ini pada 1439H/2018. Kedhaifan hidup warga pelarian Rohingya tidak mampu untuk tidak dipedulikan. Walaupun kami tidak punya penyelesaian politik kepada permasalahan mereka tetapi sekurang-kurangnya kami berusaha setahun sekali untuk menggembirakan mereka dengan sedekah daging korban.

rohingyas people

Kami merayu kepada semua umat Islam untuk bersama dalam Program Korban Rohingya ini. Bersama kami memberi sedikit pembelaan kepada saudara seIslam kita yang bernasib malang ini.

 

rohingya-qurbani-alitisam-relief-program

 

Ikuti perkembangan bantuan SAVE ROHINGYA AL-I’TISAM termasuk projek Ibadah Korban Rohingya di Facebook:

fb-logo

/SAVEROHINGYAALITISAM

 

TEMPAH SEKARANG !