Korban Rohingya – Burma

burma

Pengenalan

Tidak ada bangsa yang lebih dizalimi didunia selain daripada warga Rohingya. Kerakyatan mereka dirampas tanpa alasan kukuh oleh pemerintah zalim Burma bermula daripada tahun 1982. Daripada tarikh tersebut, kampung halaman mereka di bakar, harta benda dirampas dan kemudian dihalau keluar daripada negara sendiri.

Ratusan ribu dibunuh dengan kejam hasil kerjasama tentera, pengganas Buddha dan  sami-sami Buddha yang jahat. Pembunuhan masih berterusan hingga kini. Tidak ada tempat selamat untuk warga Rohingya di Burma. Tiada kerukunan dalam kehidupan kerana sering diganggu gugat, dan kerap sengketa yang dicetuskan oleh pengganas Buddha akan berakhir dengan pembunuhan warga Rohingya.

Tiada negara yang sudi menerima warga Rohingya ini. Malah tidak ada negara pun yang mahu memberi perhatian serius kepada kezaliman yang dilakukan keatas mereka,apatah lagi untuk berusaha mencari penyelesaian bagi mengakhiri konflik tersebut.

Bagi warga Rohingya, “Hujan peluru di negara sendiri, hujan peluru juga di negara orang”, lebih baik tinggal di negara sendiri walaupun terpaksa menghadapi risiko dibunuh serta dizalimi. Oleh yang demikian, dianggarkan ada kira-kira 800,000 orang Rohingya masih lagi berada di Arakan, Burma. Mereka tinggal samada dalam kem pelarian ataupun dikampung-kampung tradisi.

Al-I’tisam bertekad untuk meneruskan Program Korban di Burma yang kami mulakan tahun lalu. Di Hari Raya Eid ul Adha ini sahaja lah waktu dan ketika umat Islam Rohingya dapat bergembira dan merasa sedikit kemewahan sekali setahun. Daging korban jauh lebih bermakna kepada umat Islam di Burma. Semangat korban benar-benar terbukti disini. Hari menggembirakan fakir miskin dan orang-orang yang dizalimi.

Sertailah Program Korban Rohingya – Burma dimana korban anda sentiasa dinanti-nantikan dengan penuh harapan.

TEMPAH SEKARANG !