SOALAN LAZIM / FAQ (AKIKAH)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Ibadah Akikah.

Akikah menurut bahasa bermakna rambut yang tumbuh dikepala bayi ketika dilahirkan. Perkataan Akikah berasal daripada perkataan al-Aqqu yang bermaksud membelah atau memotong. Rambut itu dinamakan sedemikian kerana ia akan dipotong ataudi cukur.

Dari sudut syarak pula, akikah ialah binatang ternakan seperti lembu, kambing atau bebiri, kerbau ataupun unta yang disembelih sebaik sahaja seorang kanak-kanak itu sempurna dilahirkan dan yang afdhalnya  ialah pada hari ke-7 kelahirannya, dilakukan oleh orang yang wajib menafkahkan kanak-kanak tersebut (wali) dengan hartanya sendiri (bukan harta kanak-kanak tersebut).

2. Apakah hukum melakukan Ibadah Akikah

Hukum melaksanakan Akikah ialah Sunat Muakkad. Tuntutan sunat muakkad ini ditujukan kepada wali kanak-kanak tersebut seperti ayah, datuk dan seterusnya, sekiranya dia mampu dengan menggunakan harta wali tersebut bukan harta bayi yang baru dilahirkan.

Mengikut sunah, seorang bayi disunatkan akikah pada hari ke-7 kelahirannya; dicukur rambutnya, diberikan nama dan disembelih akikahnya.

Dalilnya akikah ialah hadis Rasulallah SAW yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud,

“Bayi itu tergadai dengan akikahnya, dan disembelih untuknya (binatang akikah) hari ketujuh, dan diberi nama, dan dicukur rambutnya.”

Ada beberapa pendapat tentang maksud “bayi itu tergadai dengan akikahnya”.

  1. Pada pendapat pertama ayat tersebut ditafsirkan sebagai bahawa apabila bayi itu sudah diakikahkan bayi itu akan membesar dengan baik dan dengan pemeliharaan yang sempurna.
  2. Manakala pendapat kedua pula, ayat itu bermaksud menurut pandangan Imam Ahmad ialah apabila bayi itu tidak diakikahkan, dia tidak dapat memohon syafaat untuk ibu bapanya pada hari kiamat.

Pendapat ini juga diulas oleh Syeikh Arshad bin Abdullah Al-Banjari dalam kitabnya berjudul Sabil Al-Muhtadin.

Oleh yang demikian, para ibu bapa yang mampu diseru untuk berusaha melaksanakan Akikah untuk anak-anak jika ianya belum lagi dilaksanakan.

3. Apakah jenis ternakan yang boleh dibuat Akikah.

Jenis-jenis binatang ternakan yang boleh dibuat Akikah adalah sama dengan jenis ternakan untuk Korban.

4. Berapakah bilangan ternakan yang perlu diakikahkan untuk seorang kanak-kanak.

a. Kanak-kanak lelaki

Bagi kanak-kanak lelaki, afdhalnya adalah;

  • 2 ekor kambing atau bebiri; atau
  • 2 bahagian lembu, kerbau atau unta.

Walau bagaimana jika dilakukan dengan seekor kambing atau bebiri atau 1 bahagian daripada lembu, kerbau atau unta, tertunai juga tuntutan sunat akikah tersebut.

b. Kanak-kanak perempuan

Bagi kanak-kanak perempuan akikahnya memadai dengan menyembelih seekor kambing atau bebiri atau 1 bahagian daripada lembu, kerbau atau unta.

5. Bolehkah berakikah untuk kanak-kanak yang meninggal dunia.

Tuntutan akikah tidak luput walaupun seseorang kanak-kanak itu meninggal dunia sebelum atau selepas hari kelahirannya yang ketujuh. Ini bermakna wali kanak-kanak tersebut masih berhutang akikah sehinggalah akikah kanak-kanak yang meninggal dunia tersebut dilaksanakan.

6. Gugurkah tuntutan akikah jika seseorang itu tidak diakikahkan sehingga dewasa.

Tuntutan sunat akikah tetap berkekalan terhadap walinya sehinggalah seseorang kanak-kanak itu mencapai usia baligh. Apabila kanak-kanak itu baligh, gugurlah tuntutan sunat muakkad itu terhadap walinya.

Seseorang yang telah baligh tetapi belum lagi diakikahkan, sunat bagi dia untuk melakukan akikah untuk dirinya sendiri.

7. Bagaimanakah hukum akikah nazar.

Hukum akikah nazar adalah wajib.

8. Bilakah masa untuk menyertai Program Akikah Al-I’tisam.

Buat masa ini, Program Akikah Cuma dibuat bersama dengan Ibadah Korban sahaja.

9. Bagaimana peserta akikah untuk berniat akikah.

Al-I’tisam ada menyediakan teks niat akikah dalam Borang Korban/Akikah. Sila berniat mewakilkan akikah tersebut kepada Al-I’tisam semasa membuat bayaran samada tunai, melalui pemindahan bank dan sebagainya. Niat akikah mencukupi dengan niat pada diri sendiri sahaja.

10. Bolehkah seekor lembu dikongsi dengan peserta-peserta yang berlainan niat.

Ya boleh. Seekor lembu boleh dikongsi oleh peserta-peserta yang berbeza niat seperti niat korban dan akikah.

(Nota tambahan; malah boleh juga berkongsi dengan orang yang niatnya untuk makan sahaja ataupun untul dijual)

11. Adakah Al-I’tisam ada menganjurkan Program Korban dan Akikah di Malaysia.

Boleh dikatakan di negara kita Malaysia, setiap buah masjid samada di kampung ataupun di bandar menganjurkan Ibadah Korban dan Akikah. Ada masjid yang menyembelih binatang korban dan akikah dengan begitu banyak sehingga menjadi masalah pula untuk mengedarkan daging korban sampai ada orang yang mengambil kesempatan datang mengambil daging korban berulang kali terutama kalangan pendatang asing.

Sebelum ini kami pernah menganjurkan korban dan akikah di beberapa tempat di Terengganu dan Sabah atas keperluan yang ada ketika itu. Jika keperluan yang sama timbul kembali, program ini akan disambung semula, insyaallah.

Kami merasakan elok bagi kami melaksanakan korban dan akikah di luar negara sahaja dengan keutamaan diberikan di kawasan-kawasan miskin dan dilanda konflik. Kebanyakan tempat-tempat kami melaksanakan korban dan akikah, tidak ada kumpulan lain samada NGO atau individu selain kami yang berkorban disitu.

Di negara-negara seperti Kemboja dan Bangladesh (Rohingya), Hari Raya Korban ini adalah waktu dan ketika yang sangat dinanti-nantikan. Inilah sahaja satu hari dalam setahun mereka dapat merasa makan daging. Itu pun bukannya banyak tetapi sekadar 300gm ke 500gm untuk satu keluarga.

Seterusnya, korban dan akikah di Malaysia kos sebahagian korban dan akikah sangat tinggi. Tahun 2017 ini kemungkinan korban dan akikah di Malaysia berharga diantara RM550 ke RM700 sebahagian. Kos ini adalah jauh dari jangkauan kumpulan berpendapatan rendah. Korban dan akikah di luar negara adalah serendah RM280 sahaja sebahagian. Ini memberi peluang kepada kumpulan yang kurang berkemampuan untuk menyahut perintah korban atau akikah tersebut.

Oleh yang demikian, kami mengambil keputusan memberi fokus kepada korban dan akikah di luar negara sahaja dan pihak masjid dan individu lain melaksanakan korban di Malaysia.

12. Apakah pengesahan yang diberikan kepada peserta akikah setelah akikah dilaksanakan.

Pihak Al-I’tisam memberikan sekeping sijil akikah kepada setiap peserta akikah sebagai pengesahan akikah telah dilaksanakan dengan sempurna. Sijil ini akan mengambil sedikit masa untuk disiapan serta dikirim kepada peserta. Tetapi jika selepas 3 bulan sijil masih belum diterima, peserta akikah diminta menghubungi pihak kami dengan segera.

Seboleh-bolehnya, gambar ternakan akikah peserta akan dimasukan dalam sijil. Tetapi mulai tahun lepas, di zon konflik seperti di Burma malah di Bangladesh juga, usaha membantu warga Rohingya di negara tersebut sering diganggu oleh pihak berkuasa. Oleh itu, ada ketikanya proses mengambil gambar menjadi begitu sukar kerana lokasi akikah terpaksa bertukar-tukar untuk mengelakan gangguan dan halangan.

13. Bagaimana cara untuk menyertai Ibadah Akikah anjuran Al-I’tisam.

Tuan puan boleh melaksanakan Ibadah Akikah dengan mudah melalui program anjuran Al-I’tisam ini. Cara-caranya adalah seperti berikut;

a. Dapatkan maklumat lanjut berkaitan Program Ibadah Akikah Al-I’tisam 1437H/2016 daripada

  1. Laman web Korban / Akikah Al-I’tisam Relief Program Association di korbanakikah.www.arp.org.my atau di Facebook kami di www.facebook.com/alitisamreliefprogram
  2. Menelefon talian +603-7846 1880 atau +6016-205 1880 (whatsapp)
  3. Menghantar e-mel ke info@arp.org.my.
  4. Atau datang sendiri ke pejabat kami di 20A, Jalan Opera J U2/J, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor diantara 8.30am hingga 5.30am pada hari Isnin hingga Jumaat.

b. Isi Borang Korban / Akikah 1437H/2016 dengan lengkap dan hantar;

  1. Secara online, atau
  2. E-mel ke info@arp.org.my, atau
  3. Faks ke talian +603-78460477, atau
  4. Datang sendiri ke pejabat kami.
  5. Pos (dihantar selewat-lewatnya sebelum 29 September 2017)

c. Bayaran boleh dibuat dengan pindahan bank atau memasukan wang tunai ke akaun kami atau membayar tunai dengan menghadirkan diri di pejabat kami.

  1. Kepilkan slip bank bersama dengan Borang Korban / Akikah kepada kami seperti (b) diatas.
  2. Tanpa slip bank (bukti bayaran) penyertaan tuan puan akan DITOLAK.

 

 

TEMPAH SEKARANG !