Korban & Akikah : Al-I'tisam Relief Program Association

Ibadah Korban & Akikah Nepal

Umat Islam adalah minoriti di Nepal dengan jumlah dianggarkan seramai 1.0 juta orang atau 5% daripada jumlah penduduk Nepal. Islam dibawa ke Nepal oleh pedagang Islam pada kurun ke-15. Walaupun Islam telah bertapak di Nepal selama 6 kurun tetapi umat Islam masih jauh ketinggalan dalam negara yang 85% penduduknya beragama Hindu.

Kerajaan baru dipimpin oleh Maoist mula merubah nasib umat Islam. Tahun 2008 hari-hari kebesaran Islam mula termasuk Maulidur Rasul diisytiharkan sebagai hari cuti umum. Madrasah diberi bantuan kewangan walaupun jumlahnya kecil sehingga ke hari ini.

Umat Islam di Nepal masih lagi tergolong dalam kumpulan termiskin dan memiliki tanah. Dalam tahun 2011 hanya 5000 orang graduan universiti terdiri daripada orang Islam. Cuma 26% wanita Islam celik membaca berbanding dengan 55% diseluruh negara.

Memandangkan keadaan yang sedang melanda umat Islam Nepal, dimulakan dengan projek Korban dan Akikah Nepal 2019/1440H, Al-I’tisam melancarkan Program Nepal Relief bagi mereka mencari jalan untuk umat Islam Nepal dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan buta huruf dalam tempoh masa tertentu.

Banyak yang bertanya kenapa kami memilih kerbau sebagai binatang korban di Nepal. Jawapannya ialah menyembelih lembu dan memakan daging lembu adalah satu kesalahan berat di Nepal. Jika ditangkap boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 7 tahun atau lebih.

Harga sebahagian korban dan akikah Nepal HANYALAH RM250 sahaja. Hubungi kami segera untuk tempahan.

PAKEJ KERBAURM250/sebahagian

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed